top of page

TENTANG KAMI

YOUTH KELANTAN telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang mana kebanyakkan ahlinya terdiri daripada anak-anak muda KELANTAN. Banyak program dan kerja-kerja sukarelawan yang telah kami jalankan bagi membantu golongan yang memerlukan.

DEICd8zUMAE3ng5-1132x509.jpg
MEDIUM BAGI ANAK MUDA KELANTAN BERKONGSI AKTIVITI MEREKA

Anak-anak muda pada masa kini banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti lumba haram, lepak di kedai, game online dan sebagainya. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang mereka. Apa yang membimbangkan murid sekolah juga banyak terlibat dengan mobile game yang mana ia dapat menjejaskan prestasi semasa belajar. Oleh hal yang demikian, Youth Kelantan akan menganjurkan beberapa program untuk golongan belia bagi memenuhi masa lapang mereka.

IMG-20150721-WA0019.jpg
MELAKUKAN KERJA-KERJA SUKARELAWAN

Kami tidak mampu bergerak seorang diri, dalam membantu mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, kami perlu mempunyai sukarelawan yang sanggup menghabiskan masa,tenaga dan wang mereka bagi menjayakan sesuatu kerja atau program kami. Kebanyakkan yang terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan adalah golongan belia. Sekiranya anda berminat menjadi sukarelawan kami anda boleh mengisi maklumat peribadi.

memanah.jpg
MENGADAKAN PROGRAM UNTUK GOLONGAN BELIA BAGI MEMENUHI MASA TERLUANG MEREKA

Bagi menarik minat golongan belia, Youth Kelantan akan mengajurkan program berdasarkan minat-minat golongan belia seperti hiking, futsal dan sebagainya. Dengan ini, golongan belia dapat telibat sama serta menunjukkan kebolehan yang mereka ada.

Doa-Untuk-Orang-Sakit-10.jpg
MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Youth Kelantan bukanlah agensi kerajaan yang memiliki dana yang tersendiri. Duit yang kami dapat hanyalah dari team sukarelawan dan juga program yang kami anjurkan. Hasil kutipan program yang kami adakan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Kami sentiasa menganjurkan program kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

© 2023 by James Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page