
SENARAI PROGRAM


Membersihkan Pantai Senok
Pantai merupakan salah satu pusat pelancongan bagi sesebuah negeri. Kebersihan pantai amatlah penting bagi menarik minat orang ramai mengunjungi tempat tersebut. Terima kasih kepada sukarelawan Youth Kelantan yang terlibat dalam gotong royong membersihkan pantai Senok. Semoga kita semua sentiasa menjaga pusat-pusat pelancongan di negeri kita.
Pesakit Kanser Payudara Tahap 4
Kaklong,berusia 30tahun,menghidap kanser payudara tahap empat pada akhir tahun yang lalu,ketika sedang mengandung anak ke3. Kini Dr mengesahkan sel kanser tersebut telah merebak ke tulang belakang beliau. Beliau akan menjalani pembedahan dan seterusnya melalui rawatan kemoterapi. Pesakit sebelum jatuh sakit merupakan individu yang aktif membantu masyarakat. Alhamdulillah Allah gerakkan hati kita pula untuk bantu beliau.
Sumbangan boleh di salurkan ke Account maybankNIK NUR AZIRA AZAIMAN 153011045133 Atau hubungi 01110943334.
Hiking Amal 1.0

Satu program hiking amal diadakan bagi mengutip sumbangan yang akan diserahkan kepada kaklong. Hiking amal ini diadakan pada 27.7.2019 di Tapak Bersejarah Bukit Marak, Kelantan. Hasil kutipan yuran penyertaan 100% akan disalurkan sepenuhnya kepada kaklong. Hiking amal ini berjaya menyutip sebanyak RM 500 dengan pelibatan sebanyak 34 orang peserta. Di samping itu, peserta-peserta hiking amal juga membuat kata2 semangat di puncak bukit marak, seperti menulis di atas kad manilla, membuat video dan mengambil gambar. Dalam masa yang sama, peserta juga dibekalkan dengan plastik sampah bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

DUIT SUMBANG HIKING AMAL 1.0
Pada Ahad 04.08.19 yang lalu kami telah melawat kaklong, pesakit kanser tahap 4 yang kita ingin bantu,dan menyerahkan bantuan kewangan sebanyak Rm1000 hasil dari sumbangan hiking amal dan rakan-rakan kami. Selain daripada sumbangan kewangan,kami turut menyerahkan kata2 semangat dari rakan2 kepada kaklong yang dibuat khas di atas puncak bukit marak ketika program Hiking Amal tempoh hari. Terima kasih kepada semua yang menyumbang baik dari segi tenaga mahupun kewangan untuk menjayakan misi ini.Semoga sumbangan anda diberkati Ilahi dan mendapat ganjaran dariNya kelak.
.

KEMBARA HIKAYAT PUTERI SAADONG
Alhamdulillah progam hiking yang diadakan di Bukit Marak mendapat sambutan LUAR BIASA kali ini walaupun musim tengkujuh. Program ini diadakan bagi mereka yang minat aktiviti lasak untuk mengisi masa lapang mereka. Lebih 40 peserta yang terlibat dalam program hiking ini dan rata-rata yang menyertai progam ini adalah mereka yang belum pernah menjejak kaki di bukit bersejarah ini.
Antara pengisian aktiviti ialah melihat dan mendengar kisah serta sejarah2 berkaitan Puteri Saadong, bergambar dan mengutip sampah. Alhamdulillah tiada kemalangan yang berlaku walaupun kawasan pendakian itu agak licin. Terima kasih kepada semua peserta yang sangat sporting walaupun kebanyakkan dari mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain🥰. Semoga kita semua bertemu lagi untuk next program.
.